Wednesday, January 8, 2014

Diam bukan tanda menyerah

Aku diam
Masih mampu tersenyum walau dalam kesakitan
Kau pijak kesetiaan
Kau musnahkan kepercayaan

Sebab kau tahu
Aku akan terus di sini
Menerima segala yang kau lakukan

Kau tahu aku ada
Walau aku tahu kau sebenarnya tiada
Teguh memegang janji
Masih setia mengingati janji

Aku bukanlah Ainul Mardhiah
Seorang wanita yang dijanjikan syurga
Aku tahu erti kecewa
Aku tahu apa itu marah
Aku tahu apa itu curiga
Sesungguhnya aku wanita biasa
Tidak terlepas dengan lumrah itu
Walau aku cuba percaya dengan apa yang berlaku

Andai itu yang menguatkan lagi rasa kita
Aku redha
Tapi
Andai itu juga yang memberikan kita jurang
Aku juga redha

Kerana aku tahu
Kau dan aku
Bukan sebaik-baik perancang

Shazana Hani

No comments:

Post a Comment